Saturday, 13 October 2012 | 04:00 | 0 weird people






Kita seorang manusia. Mengaku sebagai khalifah Allah.
Tapi kita lupa kita akan bergelar khalifah apabila kita beriman.

Suka untuk penulis berikan pendapat walaupun penulis bukan seorang
ustaz apatah lagi bukan seorang ilmuwan. Tapi pendapat dan pandangan
adalah hal yang boleh dikongsi dan diluahkan tanpa sebarang kelulusan. 

Cemerlang dengan mendapat A+ didunia.
Apa maksud disebaliknya?


Cemerlang dunia adalah apa yang kita lalui dalam kehidupan kini. Kita mampu memiliki sesuatu dengan mudah atau sebaliknya tapi hanya didunia sahaja. Kita lebih mengejar dunia walaupun dalam diri kita seorang ISLAM.

Kita sendiri mengaku kita ISLAM namun masih lemah dalam IMAN. Tidak pernah berkeinginan untuk muhasabah diri. Mencari kesilapan sendiri dan memperbaiki kelemahan yang ada. Apa yang kit impikan ialah sentiasa "A+" dalam kehidupan.

  • Memiliki pekerjaan yang hebat.
  • Mendapat rumah yang besar.
  • Cemerlang didalam peperiksaan.
  • Kaya raya
  • Memiliki kereta mewah.
  • Memiliki wajah yang "perfect".
Setiap dari kita akan ada kelebihan dan kekurangan. Ada juga mempunyai banyak kelebihan dari kekurangan.

Bersyukur mendapat kelebihan itu tapi masih jauh dengan Allah. MashaAllah.
Mungkin itu yang dinamakan syukur hanya dimulut tapi hati masih jauh dengan Allah.

Berbangga dengan apa yang kita miliki juga berbahaya dalam siri kehidupan masa kini. Boleh jadi, kita sebagai manusia yang selalu lupa akan mudah termakan dengan pujukan syaitan dengan riak. 


Mungkin kita sendiri tidak menyedari kita telah riak dengan apa yang kita miliki.

"Eh, aku nak solat depan kwan-kawan la...nanti mesti diorang puji.."

Riak ialah menampakan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia.Menampakkan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain agar dirinya mendapatkan pujian, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. 

Kerana itu ibadah kita perlu ikhlas walaupun sukar, tetapi teruslah melakukan ibadah dan dipertingkatkan agar kita tidak mudah lupa A+ di akhirat kelak. 
Semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah dalam segala hal yang kita lakukan. InsyaAllah.Kita selalu lupa Allah bila kita sibuk dengan dunia. Sentiasa berasa rendah hati dimana-mana sahaja semoga tiada sifat riak dalam diri...

Dalam menelusuri arus permodenan, kita seolah-olah termakan dengan nikmat dunia yang melalaikan. Walaupun banyak kali diingatkan dengan kematian, kita masih seperti dulu. Tidak langsung berfikir untuk berubah. Hanya melihat orang lain berubah dan tidak langsung berfikir untuk berubah. Kita takut neraka tapi masih melakukan dosa dan maksiat. Hari-hari kita melakukan dosa. Layakkah kita ke syurgaMU Ya Allah...Hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui...Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang...

"Jangan berasa kita HEBAT seolah-olah kita masuk SYURGA dan Jangan memandang lemah orang lain seolah-olah mereka masuk NERAKA"

Semoga entri kali ini dapat membuka mata kita dalam meniti denai kehidupan. Berubah kerana Allah dan bukan kerana Manusia.

| 03:59 | 0 weird people




Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk diba

yar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?"

Pernahkah pembaca terfikir analogi kisah diatas?
true stories
Wednesday, 16 November 2011 | 22:57 | 0 weird people
Cerita yang sungguh menyayat hati. Betul2 berbuku di hati untuk sesiapa yang mendalami dan belajar dari pengajaran cerita ini. Sebuah kisah benar..

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akanbersikap terlalu manja.
“Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar,” kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya.“Buku baru ya?” saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.“Papa sibuk, lain kali boleh tak?” saya memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. “Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?.” Rengek Serena enggan mengalah.“Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?..” “Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah, papa!” Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.“BUDAK INI?..!!!” Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!” saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu. Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, “Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!”
Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu,seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya. “Mama dah baca, seronok papa,” kata Serena.
Saya mengangguk sambil tersenyum. “Bila papa nak bacakan?” tiba-tiba Serena bertanya. “Mama dah bacakan, okeylah tu!” Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan. “Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya.Saya mengangguk.
Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar. Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan.Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital. Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya.“Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!” saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat. “Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, ina sayang mama, Ina tak nak mati!” bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya. Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.
Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dankesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan. Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya.Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.“Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?” kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu.Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

Assalamualaikum and Hi peeps! Selamat datang ke tanah jajahan alien gendut lagi comel. Jangan lupa follow ye.

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : Excited untuk hari usahawan muda! :D


Life Scene
The Author
I'm a simple person who lives in the Earth. Live, love & laugh are all in me. Always believe in yourself to fly to your dreams.


? URL blog wajib ade not email
? Harsh words & Anon not allowed